
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang melawat Kolej Perindu di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam hari ini menasihatkan pelajar supaya membina kebolehan menguruskan pengetahuan yang mereka peroleh.
“Di dalam pemikiran, anda seharusnya mengetahui bagaimana mengurus pengetahuan dan untuk melakukannya, anda mesti mempunyai disiplin dan keupayaan untuk mensintesis maklumat… apa yang boleh dipercayai dan apa yang perlu diketepikan,” katanya kepada lebih 30 pelajar UiTM yang meluangkan masa bersama beliau minum sambil bertukar-tukar pandangan di kafetaria kolej itu.
Turut serta di dalam perbincangan yang berlanjutan selama 30 minit itu ialah Menteri Pengajian Tinggi Datuk, Seri Mohamed Khaled Nordin, dan Timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah, serta Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah
Najib berkata, pelajar perlu memiliki minda yang mampu mengurus pengetahuan yang diperoleh bagi mencapai kejayaan dalam keadaan semasa yang amat mencabar.
“Ketiadaan minda yang mampu menguruskan pengetahuan mungkin boleh memecah belahkan masyarakat kerana rakyat kini dihujani dengan limpahan maklumat dan pengetahuan hasil kemajuan teknologi perhubungan seperti internet,” katanya.
Popularity: 23% [?]